Friday, September 4, 2009

kehidupan bermula dari 1...




kekadang tu kita akan terfikir mengenai kehidupan yang kita pernah laui.. samada kehidupan yang kita lalui itu menjadi yang terbaik kita pernah lalui atau yang terburuk pernah kita lalui.. bagi aku kehidupan yang aku lalui penuh dengan dugaan yang kekadang tu aku sendiri hampir-hampir hendak mengalah dari menghadapi dugaan tersebut... kehidupan seorang lelaki, suami dan ayah sememangnya mempunyai keadaan yang berbeza.. aku teringat kehidupan aku semasa aku bujang.. tak pernah nak kisah kalau makan hanya sekali sehari.. hehehe.. sememangnya aku dulu bukannya datang dari keluarga yang bapak aku ada beemer 3 bijik dan mak aku asyik ke spa atau butik.. tetapi sebaliknya keluarga aku hanya keluarga sederhana tetapi meriah dan gembira... apabila bergelar suami pula aku telah melangkah ke alam yang mana di alam ini kehidupannya mencabar dan dimana tanggung jawab untuk mendidik isteri menjadi faktor utama.. bukan senang nak jaga anak orang.. hehehe.. sayang punya pasal... tetapi aku amat bangga kerana isteri ku selalu menyokong aku dan sentiasa berada di sisi aku semasa aku susah atau pon senang... tetapi kekadang tu biasa la dalam hidup rumah tangga memang ada masam, manis, masin, pedas, tawar dan segala-galanya pendek kata macam maggi punya serbuk cukup rasa la semua ada... hahaha... namun asam garam dalam kehidupan sememangnya mematangkan pemikiran kita.. namun sekarang bila aku bergelar soarang ayah, abah, papa, daddy atau apa lagi gelarang yang sepatutnya; terasa kehidupan aku telah berubah dengan kedatangan ahli baru yang memberikan cahaya didalam keluarga ini.. kegembiraan datang pada setiap detik, tawa dan tangis mengubat rindu... amanah yang diberikan tak akan aku sia-siakan.. kini aku akan cuba dan terus mencuba manjadi seorang lelaki, suami dan ayah yang terbaik untuk isteri, anak dan anak-anak (yang akan mendatang.. hehehe) inilah kehidupan aku sebagai seorang lelaki, suami dan ayah. moga dengan limpah kurnianya pada bulan yang diberkati ini deberikan hidayah kepada aku dan kuluarga aku dan juga kepada anda semua bagi menjalani kehidupan yang kita sendiri tak tahu bagaimanakah penghujung cerita kehidupan kita ini dengan baik. amin.

6 comments:

  1. amin..bini kau dah mengandung?tahniah eh..
    aku suka gambar awan(or not) tu..
    reflects on how the world can change in an instance..
    kejap awan biru, kejap gelap gila..

    ReplyDelete
  2. hehehe.. mana ada.. yang akan mendatang la... ah gamba awan tu aku amik dalam kull 12++ mlm kot tanpa guna flash.. pastu edit pakai graduated tint dalam software picasa.. pas tu dapat la hasil seperti yang dilihat.. try la tangok gamba kilat pulak...

    ReplyDelete
  3. ouh sangat detail cara mengedit...kagum2..aku ntah bila nak ada dslr tah..heh

    ReplyDelete
  4. mana ada detail la... edit guna picasa tekan-tekan ngan hidung dah siap.. heheh.. lain la kalau pakai photoshop memang tak tido la pokcik.. hahahaha

    ReplyDelete
  5. idup cikgu apit!!!...hehehehe...jadila papa yg baik ok...dgr lagu 'papa jahat' dan ambil iktibar darinya...

    ReplyDelete
  6. yeaaa.. idup den.. hahahaha... sememangnya akan cuba yang terbaik... terima kasihh...

    ReplyDelete