Sunday, August 9, 2009

karnival...

ni serba sedikit mengenai sekolah aku..
aku ditukarkan ke sekolah ini pada awal tahun ini.. memang menarik sekolah ni, walau pon sekolah ni sekolah kurang murid(SKM) tetapi apa yang terjadi, segala aktiviti dan semua kakitangan sekolah ni membuatkan sekolah ni tak seperti sekolah kurang murid... memang seronok sangat berada di sini. sekolah ni berada di kawasan kampung, memang pagi-pagi keadaan sekeliling memang berkabus macam di genting... hehehe... suasananya nyaman jauh dari kesibukan bandar. aku memang rasa bertuah ditempatkan disekolah ni. memang banyak pengalaman yang aku dapat semasa disini. guru-guru yang berada disini semuanya ramah dan bagaikan sebuah keluarga yang besar... hehehe.. biasalah bak kata allahyarham P.Ramlee 'sedangkan lidah lagi tergigit' kekadang tu memang ada saja beberapa perkara yang terjadi secara tidak terancang. biasalah semua tu tetapi itu yang mengajar aku menjadi seorang guru yang lebih berdidikasi lagi... murid-murid disini memang best ramah bagaikan aku ni saudara mereka, mereka sentiasa mahukan perhatian, setiap kerja yang aku nak buat sentiasa ada pertolongan daripada mereka.. memang murid disini baik lah.. memang best berada disini... hehehe.. musim durian dapat makan durian free.. hehehe.. suasana nyaman memang bukan satu motiv bagi aku tuk ambil kesempatan tuk releks.. setiap kerja diberikan memang kekadang tu aku rasa macam banyak je.. tapi tu lah realiti seorang guru, biar kerja banyak sekurang-kurangnya aku dapat belajar sesuatu, daripada aku menjadi seorang yang tidak tahu apa nak buat atau lebih teruk lagi jadi guru yang tak dapat membuat kerja... hehehehe (tak lah pandai sangat)
murid kat sini memang sentiasa 'happy' mereka sentiasa menjalankan tugasan yang diberi dengan baik walaupun terdapat diantara mereka yang kekadang tu tak siap kerja tetapi mereka akan datang berhadapan dengan guru bagi menyatakan tugasan yang diberikan tak dapat disiapkan.... hehehe... biasa la kat sekolah mana-mana pon ada.. tapi yang bestnya setiap pagi akan ada murid-murid yang menunggu guru mereka tiba di sekolah dan disambut dengan salam dan senyuman (mana mau cari la ni)...

ni ada beberapa gamba yang aku amik semasa sekolah menjalankan beberapa aktiviti disini. memang meriah walaupun murid kurang tapi suasana yang menjadikan setiap acara karnival yang dijalankan disini meriah. walaupun kekurangan tenaga kerja (sekolah kurang murid gurunya pon kurang) tetapi setiap guru akan membantu bagi setiap acara yang dijalankan. pendek kata semua orang menolong bagi membantu agar perjalanan setiap majlis itu berjalan dengan lancar. memang tak ada yang buat kerja sendiri la.. baru-baru ni sekolah aku mengadakan aktiviti iaitu karnival bahasa, memang aku tabik spring kat sir fadli.. dia memang seorang yang rajin... menyiapkan segala benda yang diperlukan dan menjalankan karnival ni buat julung-julung kalinya dan tidak lupa kepada guru-guru yang membantu, terutama sekali kepada guru praktikum yang semangnya banyak membantu , 'SKKT's your rock'

No comments:

Post a Comment