Tuesday, August 11, 2009

various of picasa 3 editted picture





semua gambar ni aku guna picasa3 jugak... bukan hanya lebih mudah tetapi jugak tidak memeningkan kepala aku... jadi harap korang dapat memberikan komen mengenai gambar-gambar ni

Monday, August 10, 2009

latest editted picture

ni gamba terbaru yang aku edit menggunakan picasa 3. aku dapati dengan menggunakan picasa 3 ini lebih mudah bagi mereka yang ingin mula berlajar cara-cara mengedit gambar yang diinginkan.


gamba ni pada asalnya bewarna tetapi dengan hanya menggunakan sutu clik pada sistem picasa kita dapat menentukan samada gambar yang kita ada tu dijadikan B&W dan lain-lain lagi.




segalanya mudah dengan menggunakan picasa 3, dengan hanya satu butang anda dapat menjadikan gambar anda menjadi satu karya agung... hehehe.. tapi memang mudah menggunakan picasa 3 ni...

kalau anda nak download cuba di link dibawah ini...
www.picasa3.com

Sunday, August 9, 2009

karnival...

ni serba sedikit mengenai sekolah aku..
aku ditukarkan ke sekolah ini pada awal tahun ini.. memang menarik sekolah ni, walau pon sekolah ni sekolah kurang murid(SKM) tetapi apa yang terjadi, segala aktiviti dan semua kakitangan sekolah ni membuatkan sekolah ni tak seperti sekolah kurang murid... memang seronok sangat berada di sini. sekolah ni berada di kawasan kampung, memang pagi-pagi keadaan sekeliling memang berkabus macam di genting... hehehe... suasananya nyaman jauh dari kesibukan bandar. aku memang rasa bertuah ditempatkan disekolah ni. memang banyak pengalaman yang aku dapat semasa disini. guru-guru yang berada disini semuanya ramah dan bagaikan sebuah keluarga yang besar... hehehe.. biasalah bak kata allahyarham P.Ramlee 'sedangkan lidah lagi tergigit' kekadang tu memang ada saja beberapa perkara yang terjadi secara tidak terancang. biasalah semua tu tetapi itu yang mengajar aku menjadi seorang guru yang lebih berdidikasi lagi... murid-murid disini memang best ramah bagaikan aku ni saudara mereka, mereka sentiasa mahukan perhatian, setiap kerja yang aku nak buat sentiasa ada pertolongan daripada mereka.. memang murid disini baik lah.. memang best berada disini... hehehe.. musim durian dapat makan durian free.. hehehe.. suasana nyaman memang bukan satu motiv bagi aku tuk ambil kesempatan tuk releks.. setiap kerja diberikan memang kekadang tu aku rasa macam banyak je.. tapi tu lah realiti seorang guru, biar kerja banyak sekurang-kurangnya aku dapat belajar sesuatu, daripada aku menjadi seorang yang tidak tahu apa nak buat atau lebih teruk lagi jadi guru yang tak dapat membuat kerja... hehehehe (tak lah pandai sangat)
murid kat sini memang sentiasa 'happy' mereka sentiasa menjalankan tugasan yang diberi dengan baik walaupun terdapat diantara mereka yang kekadang tu tak siap kerja tetapi mereka akan datang berhadapan dengan guru bagi menyatakan tugasan yang diberikan tak dapat disiapkan.... hehehe... biasa la kat sekolah mana-mana pon ada.. tapi yang bestnya setiap pagi akan ada murid-murid yang menunggu guru mereka tiba di sekolah dan disambut dengan salam dan senyuman (mana mau cari la ni)...

ni ada beberapa gamba yang aku amik semasa sekolah menjalankan beberapa aktiviti disini. memang meriah walaupun murid kurang tapi suasana yang menjadikan setiap acara karnival yang dijalankan disini meriah. walaupun kekurangan tenaga kerja (sekolah kurang murid gurunya pon kurang) tetapi setiap guru akan membantu bagi setiap acara yang dijalankan. pendek kata semua orang menolong bagi membantu agar perjalanan setiap majlis itu berjalan dengan lancar. memang tak ada yang buat kerja sendiri la.. baru-baru ni sekolah aku mengadakan aktiviti iaitu karnival bahasa, memang aku tabik spring kat sir fadli.. dia memang seorang yang rajin... menyiapkan segala benda yang diperlukan dan menjalankan karnival ni buat julung-julung kalinya dan tidak lupa kepada guru-guru yang membantu, terutama sekali kepada guru praktikum yang semangnya banyak membantu , 'SKKT's your rock'

Saturday, August 8, 2009

dalam kenangan...

msg ni aku terima dari kawan aku semasa aku di maktab perguruan yang mengatakan:

siti humaira bt abd afif telah kembali ke rahmatullah dengan aman pada 4.15ptg hari sabtu..
allahyarhamah seorang yang sememangnya happy n selalu ja serabut semasa di dalam kelas dan juga kekadang tu kalam kabut jugak tetapi aku mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan bersemadi dengan aman.... semoga kengkawan semua menghalalkan segalanya yang berkaitan dengannya....... alfatihah

nice pic..





ni gamba yang aku dah edit.. saja ja cuba nak jadi juru edit gambar... hehehe.. mula dari angan mat jenin... hehehe.. harap-harap akan menjadi la... hehe

hajat kesampaian.......................




aku sebenarnya on the way balik ke kedah tapi biasalah bertolak lewat dari jadual. bila dah sampai di cameron highland hari pon dah gelap... apa lagi aku pon cari lah tempat untuk lepak tuk semalaman... isteri aku pon apa la gembira tak terkata la... hehehe.. hajat tuk lepak di sana.. memang sojuk la kat sana.. selepas ja check in aku pon dibawa ke bilik.. my 1st impression bila tengok bilik yang tak ada aircond memang kecewa... tapi bila malam menjelma terasa sojuknya hingga ke tulang betis... hehehe... ni aku ada selit beberapa gamba masa aku ngan family kat sana.

langkawi oh langkawi...






gamba- gamba ni aku amik semasa aku g ke langkawi ngan family aku... ada diantaranya memang ok la bagi aku... suma gamba ni aku amik ngan dslr alpha 300 aku.. tapi yang pastinya korang la yang dapat menentukan samada gamba-gamba ni bleh jual ke tak... hehehehe