aku cuba nak ambik gamba kilat tapi terlupa pulak nak bawa tripod.. gamba ni aku aa balik ambik masa balik ke kuantan semasa cuti sekolah baru ni... malam tu aku cuba la nak amik gamba kilat.. pada mulanya susah jugak sebab timing nak kena betul.. agak susah jugak bagi amatur macam aku ni.. tapi selepas 4-5 kali snap ini lah hasilnya.. masa akan datang aku akan sediakan tripod skali agar gambar lebih stabil...
Monday, August 31, 2009
Sunday, August 23, 2009
kesan..
gamba ni aku download dari mail yang aku terima dari member aku yang mengatakankan bahawa (aku sendiri pon tak tau samada kaki ni milik lelaki ato perempuan) ianya kesan dari pakai jeans buatan dari dari negara yang terkenal dengan filem kungfu. tapi tak pastilah brand apa.. tapi yang nyatanya kalau nak kaki kita akan naik bintat yang gatal ni aku pon tak mau beli.. skang ni banyak sangat masalah dengan barang keluaran dari negara yang terkenal dengan filem kungfu ni.. tak dapat dipastikan juga la samada jeans ni memang di bawah keluaran yang ori atau yang pasaran gelap punya.. jadi kepada mereka yang gemar memakai jeans berhati-hati lah ye terutama skali bagi kaum adam dan hawa yang bakal menyambut syawal nanti jangan sebab nak murah ja raya nanti takat raya kat umah ja sebab kaki gatal... hehehehehe
Saturday, August 22, 2009
dimana silapnya....
Friday, August 21, 2009
selamat menyambut ramadan
Monday, August 17, 2009
suasana..
gamba ni aku amik masa MB pahang mai kat Kuala lipis ni walaupon tak ok sangat aku edit gamba ni tapi kira ok la.. gaya seorang MB yang best.. naik moto vespa pegi melawat rumah pasakit kekal, kira memang berjiwa rakyat MB ni..
gamba 1
gamba 2
gamba 3
ketiga-tiga gamba ni diambil semasa sekolah aku buat program rancangan murid untk integrasi perpaduan di kawasan kampung yang berhampiran. kiranya rancangan ni untuk membina permuafakatan diantara murid yang berbilang kaum agar perpaduan dapat dieratkan. memang meriah program selama 2 hari yang diadakan siap tumbang lembu lagi.. memang makan pon sedap la.. aku pon memenuhkan la perut stokin aku ni dengan berbagai jenis hidangan.. hehehe
Saturday, August 15, 2009
moment...
Friday, August 14, 2009
cahaya...
gambar2
gambar3
suma gambar ni aku amik masa di rumah aku... rumah aku dalam kawasan sekolah... tu yang ada gambar bangunan yang terselit dalam tu... tapi apa pon bukan gamba bangunan tu yang aku nak bagi tangok tapi cahaya yang keluar dari belakang awan tu.. hehehe.. saja try aku amik gamba tu menjadi la jugak walau pon tak pro lagi.. hehehe.. harap hangpa suka k...
Wednesday, August 12, 2009
multi pictures...
ni ada lagi beberapa gambar yang aku dah edit.. lagi best gamba anak aku dengan menteri besaq pahang ngan exco bahagian pelancongan negeri pahang.. heheh... saja nak tumpang glamour... so.. jadi dah jadi tugas korang la pulak nak putuskan samada gamba ni bleh ke tak dijual... heheheh.... apa-apa pon menteri besaq dan exco pelancongannya memang best... mesra rakyat..
Tuesday, August 11, 2009
various of picasa 3 editted picture
Monday, August 10, 2009
latest editted picture
ni gamba terbaru yang aku edit menggunakan picasa 3. aku dapati dengan menggunakan picasa 3 ini lebih mudah bagi mereka yang ingin mula berlajar cara-cara mengedit gambar yang diinginkan.
segalanya mudah dengan menggunakan picasa 3, dengan hanya satu butang anda dapat menjadikan gambar anda menjadi satu karya agung... hehehe.. tapi memang mudah menggunakan picasa 3 ni...
gamba ni pada asalnya bewarna tetapi dengan hanya menggunakan sutu clik pada sistem picasa kita dapat menentukan samada gambar yang kita ada tu dijadikan B&W dan lain-lain lagi.
segalanya mudah dengan menggunakan picasa 3, dengan hanya satu butang anda dapat menjadikan gambar anda menjadi satu karya agung... hehehe.. tapi memang mudah menggunakan picasa 3 ni...
kalau anda nak download cuba di link dibawah ini...
www.picasa3.com
Sunday, August 9, 2009
karnival...
ni serba sedikit mengenai sekolah aku..
aku ditukarkan ke sekolah ini pada awal tahun ini.. memang menarik sekolah ni, walau pon sekolah ni sekolah kurang murid(SKM) tetapi apa yang terjadi, segala aktiviti dan semua kakitangan sekolah ni membuatkan sekolah ni tak seperti sekolah kurang murid... memang seronok sangat berada di sini. sekolah ni berada di kawasan kampung, memang pagi-pagi keadaan sekeliling memang berkabus macam di genting... hehehe... suasananya nyaman jauh dari kesibukan bandar. aku memang rasa bertuah ditempatkan disekolah ni. memang banyak pengalaman yang aku dapat semasa disini. guru-guru yang berada disini semuanya ramah dan bagaikan sebuah keluarga yang besar... hehehe.. biasalah bak kata allahyarham P.Ramlee 'sedangkan lidah lagi tergigit' kekadang tu memang ada saja beberapa perkara yang terjadi secara tidak terancang. biasalah semua tu tetapi itu yang mengajar aku menjadi seorang guru yang lebih berdidikasi lagi... murid-murid disini memang best ramah bagaikan aku ni saudara mereka, mereka sentiasa mahukan perhatian, setiap kerja yang aku nak buat sentiasa ada pertolongan daripada mereka.. memang murid disini baik lah.. memang best berada disini... hehehe.. musim durian dapat makan durian free.. hehehe.. suasana nyaman memang bukan satu motiv bagi aku tuk ambil kesempatan tuk releks.. setiap kerja diberikan memang kekadang tu aku rasa macam banyak je.. tapi tu lah realiti seorang guru, biar kerja banyak sekurang-kurangnya aku dapat belajar sesuatu, daripada aku menjadi seorang yang tidak tahu apa nak buat atau lebih teruk lagi jadi guru yang tak dapat membuat kerja... hehehehe (tak lah pandai sangat)
murid kat sini memang sentiasa 'happy' mereka sentiasa menjalankan tugasan yang diberi dengan baik walaupun terdapat diantara mereka yang kekadang tu tak siap kerja tetapi mereka akan datang berhadapan dengan guru bagi menyatakan tugasan yang diberikan tak dapat disiapkan.... hehehe... biasa la kat sekolah mana-mana pon ada.. tapi yang bestnya setiap pagi akan ada murid-murid yang menunggu guru mereka tiba di sekolah dan disambut dengan salam dan senyuman (mana mau cari la ni)...
murid kat sini memang sentiasa 'happy' mereka sentiasa menjalankan tugasan yang diberi dengan baik walaupun terdapat diantara mereka yang kekadang tu tak siap kerja tetapi mereka akan datang berhadapan dengan guru bagi menyatakan tugasan yang diberikan tak dapat disiapkan.... hehehe... biasa la kat sekolah mana-mana pon ada.. tapi yang bestnya setiap pagi akan ada murid-murid yang menunggu guru mereka tiba di sekolah dan disambut dengan salam dan senyuman (mana mau cari la ni)...
ni ada beberapa gamba yang aku amik semasa sekolah menjalankan beberapa aktiviti disini. memang meriah walaupun murid kurang tapi suasana yang menjadikan setiap acara karnival yang dijalankan disini meriah. walaupun kekurangan tenaga kerja (sekolah kurang murid gurunya pon kurang) tetapi setiap guru akan membantu bagi setiap acara yang dijalankan. pendek kata semua orang menolong bagi membantu agar perjalanan setiap majlis itu berjalan dengan lancar. memang tak ada yang buat kerja sendiri la.. baru-baru ni sekolah aku mengadakan aktiviti iaitu karnival bahasa, memang aku tabik spring kat sir fadli.. dia memang seorang yang rajin... menyiapkan segala benda yang diperlukan dan menjalankan karnival ni buat julung-julung kalinya dan tidak lupa kepada guru-guru yang membantu, terutama sekali kepada guru praktikum yang semangnya banyak membantu , 'SKKT's your rock'
Saturday, August 8, 2009
dalam kenangan...
msg ni aku terima dari kawan aku semasa aku di maktab perguruan yang mengatakan:
siti humaira bt abd afif telah kembali ke rahmatullah dengan aman pada 4.15ptg hari sabtu..
allahyarhamah seorang yang sememangnya happy n selalu ja serabut semasa di dalam kelas dan juga kekadang tu kalam kabut jugak tetapi aku mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan bersemadi dengan aman.... semoga kengkawan semua menghalalkan segalanya yang berkaitan dengannya....... alfatihah
nice pic..
hajat kesampaian.......................
aku sebenarnya on the way balik ke kedah tapi biasalah bertolak lewat dari jadual. bila dah sampai di cameron highland hari pon dah gelap... apa lagi aku pon cari lah tempat untuk lepak tuk semalaman... isteri aku pon apa la gembira tak terkata la... hehehe.. hajat tuk lepak di sana.. memang sojuk la kat sana.. selepas ja check in aku pon dibawa ke bilik.. my 1st impression bila tengok bilik yang tak ada aircond memang kecewa... tapi bila malam menjelma terasa sojuknya hingga ke tulang betis... hehehe... ni aku ada selit beberapa gamba masa aku ngan family kat sana.
langkawi oh langkawi...
sepupu oh sepupu...
ni la gambar sesepupu aku... ni lah ahli kumpulan spice girlz kalau korang nak tau... hehehe... tp yang penting skali kalau sesekali kami semua berkumpul memang havoc... mana taknya sorang suara d minor sorang lagi f major sorang lagi suara soprano... hahahaha memang macam kapal pecah.... sama-samalah kita pikirkan
besaq...
Friday, August 7, 2009
undur lagi
gambar ni aku amik semasa aku ke kedai nak beli barang... masa aku sampai aku nampak ramai orang sedang berkumpul... aku ingatkan ada orang buat free show ke apa ke.. tetapi apa yang aku nampak kemalangan yang tak dapat dielakkan (dalam gambar)... menurut ceritanya yang aku sendiri tak beberapa pasti sebab banyak sangat puncanya.. dikatakan pemandunya terlupa menarik break tangan semasa keluar dari kenderaan tuk pegi beli barang di kedai yang berhampiran... lama jugak proses nak menyelamatkan kereta ni... sama-samalah kita renungkan bersama dimana silapnya.
cantik
Subscribe to:
Posts (Atom)