Monday, September 14, 2009

selamat hari raya....


diucapkan selamat hari raya kepada semua blogger... dah hampir sebulan kita berperang melawan nafsu dan segala kejahatan dalam diri kita.. diharapkan segala amalan yang kita buat diterima oleh NYA... amin... yang mana balik kampung tu... drive elok-elok... kalau yang nek bas tu pastikan tiket tak dibeli dari kutu... tak kiralah kutu rayau atau kutu embun... hehehe... selamat hari rayaaaaaa....

p/s: mak chek tak balik tahun ni.... cuti ujung tahun chek balik noo ngan cucu n menantu kesayangan mak k... simpan kuih tart nenas gulong banyak-banyak tau... hehehehe

Thursday, September 10, 2009

kebesaran ALLAH S.W.T





Al-quran tak terbakar dalam kebakaran.... kebesaran tuhan yang maha agung... korang komen la sendiri... kalau gamba ni tak dapat menginsafkan kita semua ummat akhir zaman... subbahanallah...

Tuesday, September 8, 2009

selipar ku sayang...

korang penah tak ke masjid... tuk sembahyang.. tak kira lah sembahyang jumaat ke mangrib ke ato terawikh.. ps tu korang dapati kasut atu selipar kesayangan korang tu ilang... haaa... ni ada cara tuk mengelakkan dari selipar kesayangan korang daripada dicurik di masjid... mana lah tahu kalau-kalau selipar korang tu ada kenangan yang terindah bersama ke...



mangsa main cak-cak...



abang ni tengah main cak-cak ngan seekor beruang kutub baiknya... dikatakan beruang tersebut diberi nama joni... hehehe


aksi kejar mengejar antara joni dan tuannya yang begitu mesra sekali kita tengok ye... tetapi ada akibatnya hasil daripada kemesraan itu... jeng..jeng...jeng...



penangan mesra dari joni kepada tuannya... mesrakan joni dan tuannya... hehehe

pokcik letih...







pergh.. hari ni memang letih ngan mengantuk aku kat tempat keja... cuba korang bayangkan dah la semalam tak dapat tido dekat pukul 5 pagi baru rasa menaganuk... kat tempat keja apa lagi kepala dah macam burung belatuk dah terhangguk-hangguk... nasib baik hari ni kelas tak banyak sangat... semua keja dah siap... perghhh memang dasyat tull la hari ni... sibuk ngan budak exam upsr lagi... tapi tak la seteruk dalam gamba ni.. hehehe... sememangnya sekarang ni siang panas malam plak ujan... keja bertimbun-timbut... raya nak dekat... barang tak beli lagi... bonus tak tau ada ke tak.... hehehehehe... sememangnya hidup ni penuh ngan dugaan........... mari kita pikirkan beramai-ramai adakah kita apabila mengan tuk dah tak sedar ke orang macam aku ni siap macam burung belatuk lagi...


p/s: harap dapatlah lepas ni dapat cari alat tuk tahan mengantuk... pokcik aku kata letak ja anak mancis kat kelopak mata... hahaha

Sunday, September 6, 2009

aku seorang pemotong rumput...


pagi kelmarin tengah aku asyik dok layan tido yang tak berkesudahan.. lubang telinga aku yang kecik ni diganggu oleh bunyi mesin rumput yang menganggu tido aku... hehehe... aku pon terus bangun dan pegi tangok kat luar sapa yang dok mesin rumput dan skali gus menggangu tido aku yang nyenak tu... pabila aku bukak ja pintu aku nampak kelibat angah (abg ipar aku) dah macam cybercop dah dengan spekmata, long sleve shirt, jeans tapi berslipar jepun sambil menggalas mesin rumpur baru yang dibelinya dri kedai ah tuck dan masin tak terbuang tag hargenya... hahaha tengah dok layan potong rumput sambil dengar mp3 lagu stacy... aku pulak sambil memakai suar pendek bertishirtkan fox tshirt dok mencanggung depan pintu umah sambil dok tangok dia potong rumput.... hehehehe klaka pulak aku rasa tangok dia potong rumput... tetiba je dia berenti cakap nak break jap letih... aku pon apa lagi mempelawakan diri aku tuk mencuba mesin baru tu... hehehe barang baru mesti mau cuba... hehehe... aku pon apa lagi sambil menyetat mesin tu aku pon menunjukkan kemahiran memotong rumput aku ni... hahaha.. akulah pemotong rumput terbaik di kampong aku.. terasa macam nak luruh bahu ha lepas hampit 1 jam menggalas mesin tu... perghhh... memang letih.. baru aku teringat macam mana la keja orang yang dok potong rumput di tepi-tepi jalan tu ek... dari pagi sampai ke petang motong rumput sambil ditemani olah bahang matahari di atas kepala... insaf aku....

Friday, September 4, 2009

UPSR

UPSR

hahaha... minggu depan peperiksaan UPSR akan berlangsung.. semua guru-guru di sekolah aku dah tak senang duduk nak tunggu semua murid-murid tahun enam menduduki peperiksaan dan diharapkan dengan jayanya. walaupon calon sekolah aku hanya 4 orang tapi bahang hangatnya peperiksaan macam calon peperiksaan sekolah aku ada empat ploh orang.. tu la cikgu-cikgu semua exited sangat n ada yang dah berdebar-debar dalam hati walau muka maiantain ayu dan cool lagi... bagi aku pula.. semuanya telah dijalakan dengan baik oleh semua guru tahun enam.. memang aku tabik spring la kat semua guru tahun enam.. memang anda semua layak mendapat anugerah oscar lah... HIDUP GURU TAHUN ENAM... HIDUP GURU SKKT...

kehidupan bermula dari 1...




kekadang tu kita akan terfikir mengenai kehidupan yang kita pernah laui.. samada kehidupan yang kita lalui itu menjadi yang terbaik kita pernah lalui atau yang terburuk pernah kita lalui.. bagi aku kehidupan yang aku lalui penuh dengan dugaan yang kekadang tu aku sendiri hampir-hampir hendak mengalah dari menghadapi dugaan tersebut... kehidupan seorang lelaki, suami dan ayah sememangnya mempunyai keadaan yang berbeza.. aku teringat kehidupan aku semasa aku bujang.. tak pernah nak kisah kalau makan hanya sekali sehari.. hehehe.. sememangnya aku dulu bukannya datang dari keluarga yang bapak aku ada beemer 3 bijik dan mak aku asyik ke spa atau butik.. tetapi sebaliknya keluarga aku hanya keluarga sederhana tetapi meriah dan gembira... apabila bergelar suami pula aku telah melangkah ke alam yang mana di alam ini kehidupannya mencabar dan dimana tanggung jawab untuk mendidik isteri menjadi faktor utama.. bukan senang nak jaga anak orang.. hehehe.. sayang punya pasal... tetapi aku amat bangga kerana isteri ku selalu menyokong aku dan sentiasa berada di sisi aku semasa aku susah atau pon senang... tetapi kekadang tu biasa la dalam hidup rumah tangga memang ada masam, manis, masin, pedas, tawar dan segala-galanya pendek kata macam maggi punya serbuk cukup rasa la semua ada... hahaha... namun asam garam dalam kehidupan sememangnya mematangkan pemikiran kita.. namun sekarang bila aku bergelar soarang ayah, abah, papa, daddy atau apa lagi gelarang yang sepatutnya; terasa kehidupan aku telah berubah dengan kedatangan ahli baru yang memberikan cahaya didalam keluarga ini.. kegembiraan datang pada setiap detik, tawa dan tangis mengubat rindu... amanah yang diberikan tak akan aku sia-siakan.. kini aku akan cuba dan terus mencuba manjadi seorang lelaki, suami dan ayah yang terbaik untuk isteri, anak dan anak-anak (yang akan mendatang.. hehehe) inilah kehidupan aku sebagai seorang lelaki, suami dan ayah. moga dengan limpah kurnianya pada bulan yang diberkati ini deberikan hidayah kepada aku dan kuluarga aku dan juga kepada anda semua bagi menjalani kehidupan yang kita sendiri tak tahu bagaimanakah penghujung cerita kehidupan kita ini dengan baik. amin.

Thursday, September 3, 2009

banner punya pasal....

ADA GAYA KELUARAGA USAHAWAN TAK BANNER NI... HEHEHEHE


baru-baru ni... tapi tak la baru sangat benda ni berlaku... aku disuruh tuk buat banner tuk sekolah aku yang akan mengabungkan gamba-gamba semua guru kat sekolah aku yang sememangnya hemsem-hansem belaka.. tolak aku sorang ja yang tak hensem.. hehehe... dan berlatar belakangkan gamba sekolah... huhuhuhu..... sememangnya senang bagi mereka yang mempunyai pengalaman membuat banner... setelah hampit 31/5 malam aku memerah otak bagi menghasilkan banner yang menarik tetapi hasilnya agak menghampakan aku sehingga peringkat duduk tinggung... hehehe... tetapi setelah mandapat pandapat dari beberapa otai-otai yang sememangnya otai dalam penggunaan software membuat perkara-perkara yang semamangnya amatlah menarik... aku pada suatu malam mandapat mimpi yang telah menunjukkan aku rupa bagaimana banner yang sepatutnya dibuat... dan akhirnya siaplah banner itu.. yang bagaikan sekeluarga usahawan yang telah berjaya... hahahaha... aku berasa amatlah puas dengan hasilnya.. dan kritikan yang diterima amatlah membina bangunan pencakar langit....
saksikanlah wahai semua penduduk kampung tualang tiga.... bahawasanya banner itu telah siap dicetak dan mendapat restu dari BIG BOSSS....

Wednesday, September 2, 2009

sedih terasa walau raya lambat lagi.......


di bualan puasa ni aku terasa lain dari yang lain... hehehe... rasa macam ada yang lain ja dalam lubuk ati aku ni... mungkin ni adalah pengalaman akua yang pertama kali akan beraya berjauhan dengan kedua ibu bapa aku.. walaupon ini memang akan aku hadapi juagak sebab dah berumah tangga... hehehe.. tapi tak tahu lah... rasa macam berat ja walau pon raya lambat lagi... tapi dari awal puasa sampai la skang ni akau rasa macam berat ja nak raya tahun ni... tapi apa-apa pon aku kena hadapi benda ni dengan hati yang terbuka... kesian kat parent aku tahun ni anak depa yang selalu dok wat rumah riuh tak balik.. huhuhuhuh... sedihnya... waaaawaaawaaa... isk...isk...isk.... time ni la aku teringat kuih tat nenas home made mak aku yang begitu gebu tu... huhuhuhuhuhuhu....tetiba ja aku teringat kat lagu nyanian allahyarha sudirman "dendang perantau" bertambah sedihnya la hati ku ini... macam mana nanti bila bukak je radio kuar lagu raya yang sedih-sedih... huhuhuhuhu... tapi akan aku tabahkan hati ku ini untuk beraya bersama keluarga yang aku ada skang ni walaupon berjauhan dengan parent aku... apa pon raya kali ni memang best sikit sebab aku ada sebuah family yang sangat aku sayang n dah ada anak yang aku bawa tuk kutip duit raya... heheheh... tapi tak pe cuti sekolah ujung tahun ni aku akan balik bertemu dangan mereka berdua jua... hehehehe.... yes...

Tuesday, September 1, 2009

kelahiran pelukis palestin...







sekarang ni warga rakyat palestin meluahkan perasaan mereka kepada dunia melalui tembok penghalang yang dibina oleh rejim zionis laknatullah.. maka marilah kita bersama-sama berdoa agar keamanan negara berkenaan kembali pulih.. dan dengan itu janganlah kita alpa dengan kemerdekaan yang kita perolehi ini.. fikirkanlah adakah kita ini benar-benar telah merdeka atau merdekakah kita sekang ini dari pemikiran kita, perbuatan kita, percakapan dan yang paling penting merdekakah kita dari belenggu syaitan yang sering manghasut hati nurani kita sebagai anak adam dan khalifah dimuka bumi ini..

comel kan...





ni pon gamba daripada email yang aku dapat.. pendek kata selain gamba yang aku amik... akan ada gamba daripada email yang aku rasa menarik tuk diselitkan.. hehehe.. tengok-tengok lah ye...

nur iman nabiela




sedar tak sedar kini anak kesayangan aku dan isteri dah menjangkau umur 1 tahun... hehehe.. kekadang tu macam tak percaya ja yang aku ni dah jadi soerang bapa... tapi semua tu rezeki daripada NYA... memang skang ni anak aku memang aktif.. tapi paliang seronok bila tengok gelagat anak kita sendiri.. macam-macam perkara yang tak terpikir akan dilakukannya.. hehehe.. nak ketawa pon ada.. tapi kadang-kadang tu bila baca paper atau tangok berita mengenai bayi dibuang sedih ja rasanya.. macam mana la perasaan oarang yang sanggup wat benda yang macam tu.. sedangkan bila kita tangok kelahiran dengan mata sendiri memang mengkagumkan kekuasaan Allah SWT.. aku sendiri tergaman pabila melihat anak aku buat kali pertamanya... dan skang ni akau tahu yang tanggung jawab sebagai bapa harus dilaksanakan dengan sebaiknya.. anak merupakan permata yang tak dapat disamakan dengan benda lain... anak adalah suatu pengalaman yang menakjubkan.. anak juga merupakan pengerat dalam sesebuah rumah tangga.. anak juag merupakan rezeki yang diberikan kepada setiap insan.. sayangilah anak anda....

Monday, August 31, 2009

cantiknya...





aku cuba nak ambik gamba kilat tapi terlupa pulak nak bawa tripod.. gamba ni aku aa balik ambik masa balik ke kuantan semasa cuti sekolah baru ni... malam tu aku cuba la nak amik gamba kilat.. pada mulanya susah jugak sebab timing nak kena betul.. agak susah jugak bagi amatur macam aku ni.. tapi selepas 4-5 kali snap ini lah hasilnya.. masa akan datang aku akan sediakan tripod skali agar gambar lebih stabil...

Sunday, August 23, 2009

kesan..

gamba ni aku download dari mail yang aku terima dari member aku yang mengatakankan bahawa (aku sendiri pon tak tau samada kaki ni milik lelaki ato perempuan) ianya kesan dari pakai jeans buatan dari dari negara yang terkenal dengan filem kungfu. tapi tak pastilah brand apa.. tapi yang nyatanya kalau nak kaki kita akan naik bintat yang gatal ni aku pon tak mau beli.. skang ni banyak sangat masalah dengan barang keluaran dari negara yang terkenal dengan filem kungfu ni.. tak dapat dipastikan juga la samada jeans ni memang di bawah keluaran yang ori atau yang pasaran gelap punya.. jadi kepada mereka yang gemar memakai jeans berhati-hati lah ye terutama skali bagi kaum adam dan hawa yang bakal menyambut syawal nanti jangan sebab nak murah ja raya nanti takat raya kat umah ja sebab kaki gatal... hehehehehe

Saturday, August 22, 2009

dimana silapnya....

gamba ni aku dapat dari mail serang kawan aku yang telah di hantar kepada aku... setelah diamati aku sendiri nak ketawa.. jadi mana silapnya.. samada lembu yang bersalah atau tuannya yang bersalah.. hehehe

Friday, August 21, 2009

selamat menyambut ramadan

selamat menyambut bulan puasa dan ramadan bakal menjelma kepada semua blogger... diharapkan agar semua orang gembira sentiasa di bulan yang mulia ini.. marilah kita bersama memperbanyakkan amalan dibulan yang mulia ini...

Monday, August 17, 2009

suasana..

gamba ni aku amik masa MB pahang mai kat Kuala lipis ni walaupon tak ok sangat aku edit gamba ni tapi kira ok la.. gaya seorang MB yang best.. naik moto vespa pegi melawat rumah pasakit kekal, kira memang berjiwa rakyat MB ni..


gamba 1

gamba 2

gamba 3

ketiga-tiga gamba ni diambil semasa sekolah aku buat program rancangan murid untk integrasi perpaduan di kawasan kampung yang berhampiran. kiranya rancangan ni untuk membina permuafakatan diantara murid yang berbilang kaum agar perpaduan dapat dieratkan. memang meriah program selama 2 hari yang diadakan siap tumbang lembu lagi.. memang makan pon sedap la.. aku pon memenuhkan la perut stokin aku ni dengan berbagai jenis hidangan.. hehehe

Saturday, August 15, 2009

moment...



suma gambar ni walaupon gambar yang dah lama aku amik tapi dok simpan ja dalam laptop ni.. jadi aku pon masukkan la ke dalam blog ni.. jadi harap hangpa suma suka la walau aku tak tau samada gambar ni dapat memberikan kepuasan kepada mereka yang melihatnya... harap diberikan ulasan... hehehe

Friday, August 14, 2009

cahaya...


gambar2

gambar3

suma gambar ni aku amik masa di rumah aku... rumah aku dalam kawasan sekolah... tu yang ada gambar bangunan yang terselit dalam tu... tapi apa pon bukan gamba bangunan tu yang aku nak bagi tangok tapi cahaya yang keluar dari belakang awan tu.. hehehe.. saja try aku amik gamba tu menjadi la jugak walau pon tak pro lagi.. hehehe.. harap hangpa suka k...

Wednesday, August 12, 2009

multi pictures...





ni ada lagi beberapa gambar yang aku dah edit.. lagi best gamba anak aku dengan menteri besaq pahang ngan exco bahagian pelancongan negeri pahang.. heheh... saja nak tumpang glamour... so.. jadi dah jadi tugas korang la pulak nak putuskan samada gamba ni bleh ke tak dijual... heheheh.... apa-apa pon menteri besaq dan exco pelancongannya memang best... mesra rakyat..